A F I Q Bobblehead Bunny
Bobblehead Bunny
Afiq Syahmi's Blog
about link home follow
Let's Chatting





Stats

Flag Counter
credit and thanksgyuu

Template Original made by : Jaera
Credit : css school image

Older Post > | < Newer Post
Tuesday 25 November 2014 | 22:25 | 1 comments



Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Aku ada satu cerita ni.....tahun lepas,waktu dalam musolla ada pengumuman tentang pertadingan Musha Got Talent. Musha Got Talent adalah singkatan bagi Muadzam Shah Got Talent. Dia lebih kurang macam America Got Talent, cuma yang nie kecil-kecilan je.

Selepas itu aku dangan kawan aku bersembang:

aku: aku rasa aku nak masuk la pertandingan ni.
kawan: kau nak buat apa
aku: aku rasa aku nak menari
kawan: kau nak menari apa
aku: aku nak menari tarian tradisional
kawan: nak join.
aku: ok.boleh x cari lagi 5 orang
kawan: ok
pink  bicycle with flowers animation
Kemudian, dalam masa 3 malam kami berlatih. ada yang pandai menari, ada yang boleh menari dan ada yang macam kayu. tapi setelah berlatih bersungguh-sungguh semua dah boleh menari. walaupun x cukup step tapi terpaksa lah cover dengan tutup tirai pentas. Kemudian waktu pertandingan ramai yang tepuk tangan dan ramai yang gelak kerana menyindir sebab mereka fikir tarian tradisional adalah untuk orang dulu-dulu.

lepas tu, sehari selepas pertandingan, ada sorang mamat nie cakap kat kami, "wei, satu hari nanti aku akan lawan dengan kumpulan kau". budak tu penari modern. dia nak kata yang tarian tradisional ni x dapat kalahkan tarian modern. tetapi sebenarnya diorang SALAH!



Kerajaan sekarang mencari kanak-kanak atau remaja yang boleh menari atau membuat perkara yang berkenaan dengan tradisional.Contohnya, menari tradisional, main alat muzik tradisional seperti gamelan atau caklempong. Kalau baca kat surat khabar pun selalunya akan kluar gambar budak nie menari di istana budaya dari kecil. sekolah nie menang pertandingan muzik tradisional. Pihak MARA pun membuat pertandingan gamelan dan caklempong sama macam sbp.

     Tak salah kalau suka kpop ke, hip hop ke, tak salah, cuma jangan buang benda2 tradisional ni             dekat tong sampah. Aku pon suka kpop dengan lagu modern tapi aku jaga benda2 tu. Orang luar         negara datang bertandang dekat negara nie sebab nak tengok culture di Malaysia. Cuba bayangkan    kalau tiada benda tradisional dekat Malaysia. negara ni akan sama dengan negara lain. lepastu            orang luar negara pon tak datang kat Malaysia sebab lebih kurang culture Malaysia dengan negara mereka. Kalau ekonomi setaraf dengan dengan mereka tidak menjadi satu masalah.

Jadi pengakhiran cerita nie, alhamdulillah kami dapat tempat ketiga. Lepastu dapat job menari waktu anugerah cemerlang maktab.

Tuntasnya, rakyat perlulah menjaga tradisi di Malaysia kerana khazanah ini sangat berharga dan unik yang susah didapati di negara lain.

Jadi, itu sahaja harap dapat membuka minda pembaca-pembaca.

terima kasih~